Rumah Contoh PR1MA Alam Damai

Rumah Contoh PR1MA Alam Damai - Di bawah ini blog rumah PR1MA sertakan info mengenai rumah contoh pr1ma alam damai Cheras Kuala Lumpur.
rumah-contoh-prima-alam-damai

Keterangan Kediaman Rumah Contoh PR1MA Alam Damai.

Jenis kediaman: Apartmen

Jumlah unit: 2,074

Cadangan kawasan tapak projek: 14.95 Ekar

Status tanah: Pajakan 99 tahun

Cadangan saiz unit
• Jenis A1: 935 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
• Jenis A2: 1,048 (3 bilik tidur, 2 bilik air)
• Jenis A3: 995 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
• Jenis A4: 662 kps (1 bilik tidur, 1 bilik utility, 1 bilik air)

Lokasi & Akses Mudah
• Melalui Lebuhraya Cheras – Kajang
• Lebuhraya Link & Jalan Lingkaran Tengah 2

Harga rumah PR1MA daripada:
RM 243,000

Ilustrasi reka bentuk konsep bergantung kepada kebenaran daripada Pihak Berkuasa tempatan.

Kemudahan Yang Disediakan
  • Dewan Komuniti
  • Tadika
  • Taska
  • Taman Permainan
  • Tempat Sembahyang

Video Rumah Contoh PR1MA Alam Damai


Untuk lagi gambar dan info penuh rumah contoh PR1MA Alam Damai beserta dengan plan lantai, peta lokasi, dan cara permohonan rumah prima, sila lawati laman web rasmi PR1MA di sini. (LINK)

Rumah PR1MA FAQ - Soalan Lazim

Rumah PR1MA FAQ - Soalan berkaitan skim rumah PR1MA Malaysia seperti syarat kelayakan permohonan rumah prima, bayaran rumah PR1MA, harga rumah PR1MA, cara memohon rumah PR1MA, cara mendaftar rumah PR1MA dan sebagainya.
Rumah-PR1MA-mohon

Soalan Asas Rumah PR1MA


1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
• Warganegara Malaysia.
• Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
• Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000.
• Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
• Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.

2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.

3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM15,000.

PENDAFTARAN RUMAH PR1MA


1. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my

2. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA?
PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.

3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.

4. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan?
Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.

5. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya?
Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan.

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my

7. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my

8. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA?
Rujuk maklumat di dalam laman web http://www.pr1ma.my/how-to-apply.php?required_documents=1

9. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan?
Hubungi kami di 03-7962 4374 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang) maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my.

10. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan?
Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my

11. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA?
Anda perlu menghantar:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini

PEMBANGUNAN RUMAH PRIMA


1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?
Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.

2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?
Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA?
Sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

4. Berapakah harga kediaman PR1MA?
Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA?
Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 600 kps hingga 1,200 kps.

6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Panggilan 03-7962 4374
Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang)
atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang)
E-mel:  info@pr1ma.my

Itulah serba sedikit soalan yang kerap ditanya mengenai rumah PR1MA atau pr1ma homes.

PR1MA - Perbadanan PR1MA Malaysia

Tentang PR1MA

rumah-pr1ma-apa
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Anggota Perbadanan PR1MA


PENGERUSI
YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr. Alies Anor bin Abdul

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YBhg Dato' Abdul Mutalib bin Alias

ANGGOTA
YBhg Tan Sri Dr. Sharifah Zarah binti Syed Ahmad
YBhg Dato' Sri Mohammed Shazalli bin Ramly
YM Tengku Dato' Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
YBhg Datuk Kamalul Arifin bin Othman
YBhg Dato' Dr Sallehuddin bin Ishak
YBhg Dato' Hj Ibrahim bin Md Yusof
YB Datin Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid
YBhg Dato' Dr Yusof bin Ismail
YBrs En Muhammad Ammir bin Haron
YBhg Dato' Nik Azman bin Nik Abdul Majid

Berikut info ringkas mengenai rumah PR1MA. Semoga bermanfaat.